PENGARUH PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN (PTPK) TERHADAP AMALAN KREATIVITI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM

THE INFLUENCE OF TECHNOLOGICAL PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE (TPCK) ON THE CREATIVE PRACTICES OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS

Authors

  • JAHIDIH SAILI Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
  • MUHAMAD SUHAIMI TAAT Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.331

Keywords:

Pendidikan Islam, Sirah dan Tamadun Islam, PTPK, amalan kreativiti pengajaran

Abstract

Pendidikan Islam di Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak, identiti agama dan budaya masyarakat. Walaupun begitu, pengajaran bidang Sirah dan Tamadun Islam kerap berdepan dengan pelbagai permasalahan terutamanya dalam mengintegrasikan unsur teknologi dan amalan kreativiti pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) terhadap amalan kreativiti pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam khususnya dalam konteks pengajaran Sirah dan Tamadun Islam. Melalui analisis kritis, kajian ini membincangkan tentang kepentingan mengintegrasikan unsur teknologi, pedagogi dan kandungan ke dalam aktiviti pengajaran bagi meningkatkan amalan kreativiti pengajaran. Ia menekankan keperluan untuk meningkatkan kompetensi PTPK dalam kalangan guru Pendidikan Islam agar mereka mampu menghasilkan bahan pengajaran yang interaktif dan menarik serta merancang aktiviti pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang menguasai PTPK cenderung untuk menghasilkan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Perkara ini secara langsung mempengaruhi tahap pemahaman dan minat para pelajar terhadap bidang Sirah dan Tamadun Islam. Kertas konsep ini memberi pandangan baharu dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam dengan menekankan kepentingan PTPK dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah serta Tamadun Islam. Ia merupakan langkah strategik dalam mempersiapkan para pelajar menghadapi cabaran pada abad ke-21 di samping melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan luas dan kreatif dalam penghayatan ajaran Islam.

References

Abdullah, F., Razak, K.A. (2021): Tahap minat dan penerimaan pelajar terhadap gamifikasi dalam bidang Sirah. – Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (JQSS) 5: 27-38.

Abdullah, N., Surif, J. (2018): Imaginasi Dalam Pembelajaran Abad Ke-21: Suatu Perspektif Baru: Imagination in The 21st Century Learning: A New Perspective. – Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education 2(2): 15-20.

Abidin, J., Zulkifli, H. (2021): Keberkesanan aplikasi teknik one stay three stray dalam pembelajaran bidang Sirah pendidikan Islam. – Seminar Inovasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 18p.

Ab Majid, M.R.B., Ismail, Z. (2017): Kreativiti pengajaran guru Bahasa Arab di Malaysia. – JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan 4(4): 27-38.

Alali, R.M. (2020): Developing a Scale for Creative Teaching Practices of Faculty Members at King Faisal ‎University‎. – Universal Journal of Educational Research 8(5): 2129-2142.

Aris, M.N.M.J., Abd Aziz, F. (2021): Mobile Apps Pendidikan Islam SPM Sirah dan Tamadun (Khulafa’Ar-Rasyidin). – Journal of Computing Technologies and Creative Content (JTec) 6(1): 7-11.

Awang Abu Bakar, N.A., Adila Ismail, N.M., Zainal Abidin, N.A. (2015): The prophet story courseware-saya sayang rasul (SSR). – e-Academia Journal 4(1): 38-48.

Awi, N.A.L., Zulkifli, H. (2021): Amalan kreativiti guru pendidikan islam dalam pembelajaran abad ke-21. – Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (Acer-J) 4(1): 40-54.

Awi, N.A.L., Zulkifli, H. (2020): Kaedah Fan-N-Pick dalam Pembelajaran Sirah Pendidikan Islam: Fan-N-Pick Method in The Learning of Sirah in Islamic Education. – ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education 4(2): 61-69.

Azman, W.A.A.W., Nor, M.Y.M. (2017): Kemahiran guru abad ke 21 terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 5p.

Bahtiar, R.A., Ibrahim, S., Ariffin, H., Ismail, N.H., Isa, W.M.K.W. (2020): Peranan dan cabaran pemimpin pendidikan dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19. – Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia 23p.

Ball, D.L., McDiarmid, G.W. (1989): The subject matter preparation of teachers. – East Lansing, Michigan: National Center for Research on Teacher Education 35p.

Dagang, M.Y. (2016): Amalan kreativiti pengajaran guru pendidikan islam di sekolah-sekolah negeri Johor. – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 232p.

Effindi, F.H. (2018): VTA-TJS: membantu meningkatkan kemahiran mengingat sirah Nabi Muhammad SAW Pemimpin Agung. – Jurnal Pendidikan Islam Kontemporari 1: 50-59.

Fakhruddin, F.M., Suhid, A. (2017): Pembelajaran berasaskan masalah: cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran pendidikan Islam sekolah menengah. – International Journal of Education and Training 3(2): 1-6.

Hamidin, N.M., Ismail, W., Ismail, A., Ahmad, M.Z., Yasim, I.M.M., Mahmood, N., KUIS, K.U.I.A., Bangi, I.K. (2018): Amalan ciri-ciri metodologi CLIL (Content and Language Integrated Learning) dalam pengajaran & pembelajaran sirah, kurikulum bersepadu dini (KBD). – International Research Management & Innovation Conference 11p.

Ismail, R.A.R., Ismail, D. (2018): Aplikasi ‘Konsep 4C’pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan guru kampus Dato’Razali Ismail. – Asian People Journal (APJ) 1(1): 45-65.

Iywon, V.P., Nasri, N.M. (2020): Tahap kesediaan dan sokongan bagi pelaksanaan pendekatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. – International Journal of Education and Pedagogy 2(4): 489-508.

Jarawi, N.S., Zulkifli, H. (2020): Pedagogi Hikmah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Islam: Hikmah Pedagogy and Higher Order Thinking Skills in Islamic Education. – ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education 4(2): 90-102.

Kamal, N.M.M., Hussin, Z., Sulaiman, A.M. (2022): Elemen Kolaborasi Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Heutagogi. – Jurnal Dunia Pendidikan 4(1): 372-386.

Khalil, F.A., Awang, M.I. (2016): Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. – EDUCATUM–Journal of Social Science 2(1): 1-7.

Khory, H.H.M., Rahman, M.N.A., Zailaini, M.A. (2021): Pengurusan pentaksiran bilik darjah mata pelajaran bahasa arab berasaskan keperluan pembelajaran murid. – JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan 8(2): 41-57.

Mishra, P., Koehler, M.J. (2006): Technological pedagogical content knowledge: A framework for teacher knowledge. – Teachers College Record 108(6): 1017-1054.

Mohamed, S., Jasmi, K.A. (2021): Amalan Induksi Set dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah bagi disiplin Ilmu Pendidikan Islam (Teaching and Learning Preparation Practice among Islamic Education Preschool Teachers). – UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies 8(2): 67-77.

Mohammad Rusdi, A.M., Che Mohd Zaid, Y., Mohd Alauddin, O., Aznida, A. (2021): Model kreativiti pengajaran guru bahasa arab di Malaysia. – International Journal of Education and Training 7: 1-11.

Mohd Yassin, M. (2010): Teks Ucapan Pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang. – Berita Harian Online 1p.

Mustaffa, Z., Hussin, Z., Sulaiman, A.M. (2021): Pedagogi terbeza untuk pengajaran guru terhadap kepelbagaian murid. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(9): 202-214.

Mustapha, R.C., Jamsari, E.A., Zakaria, N., Talib, N.M. (2011): Permasalahan pengajaran guru Pendidikan Islam bagi Komponen Tamadun Islam: Satu pemerhatian awal di sekolah menengah daerah Sepang, Selangor. – Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN): Ulama Pemacu Transformasi Negara 5p.

Nasir, N.M., Mansor, M.B. (2021): Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): suatu pemerhatian awal. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(7): 416-421.

Noraziah, M.Y., Mohd Aderi, C.N., Khadijah, A.R. (2018): Kepelbagaian kecerdasan pelajar dalam PDPC Sirah: Keperluan pengajaran efektif. – In Proceedings of the 5th International Conference on Research in Islamic Education and Arabic Language 2018 (ICRIALE 2018), Association of Malaysian Muslim Intellectuals 7p.

Nordin, A.B., Bakar, B.A. (2008): Penaksiran dalam pendidikan dan sains sosial. – Universiti Pendidikan Sultan Idris 416p.

Nurul Eeffah, A. (2016): Pembentukan akhlak menurut al-Ghazali dalam sistem pendidikan kini. – In Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor 14p.

Rahim, N.A., Agus, S., Asikin, N.A. (2021): Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) Dalam Pendidikan Jasmani: Students’ Attitude and Interest Towards the Use of Teaching Aids in Learning and Facilitation in Physical Education. – ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education 5(2): 77-86.

Ramli, N.N.B., Nor, M.Y.B.M. (2018): Pembelajaran Abad Ke-21. Fakulti Pendidikan. – Universiti Kebangsaan Malaysia 49p.

Ravendran, D.R., Daud, M.Y. (2020): Faktor–faktor yang mempengaruhi guru matematik sekolah rendah dalam mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam PdPc. – Jurnal Dunia Pendidikan 1(3): 24-33.

Razak, M.A., Said, R.R., Fakhruddin, F.M. (2021): Analisis Penulisan Objektif Menggunakan Konsep “Smart” dalam Rancangan Pelajaran Harian Bakal Guru BPBM bagi Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. – International Journal of Education and Training 7(2): 1-12.

Rum, S.F.M., Basri, N., Dahlan, A. (2022): Sirah learning mobile application for kafa primary school students: A preliminary study. – Journal of Islamic 7(46): 476-489.

Shulman, L. (1987): Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. – Harvard Educational Review 57(1): 1-23.

Shulman, L.S. (1986): Those who understand: Knowledge growth in teaching. – Educational Researcher 15(2): 4-14.

Starko, A.J. (2021): Creativity in the classroom: Schools of curious delight. – Routledge 416p.

Trivedi, K., Bhargava, R. (2010): Relation of creativity and educational achievement in adolescence. – Journal of Psychology 1(2): 85-89.

Tajuddin, M.F.A., Zulkifli, H. (2022): Faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan pengetahuan isi kandungan (PIK) Bidang Jawi dalam kalangan guru Pendidikan Islam. – International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education 2(1): 56-72.

Terry, E.A.C., Nasri, N.M., Mansor, A.Z. (2021): Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru Bahasa Iban sekolah rendah daerah Sri Aman terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Bahasa Iban. – Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 342-354.

Weisberg, R.W. (1999): Creativity and knowledge: a challenge to theories. – In R. J. Sternberg (Ed.), Handbook of Creativity, Cambridge University Press 24p.

Yahaya, N. (2011): Keberkesanan teknik scaffolding secara berkumpulan terhadap Pendidikan Sirah. – Universiti Utara Malaysia 110p.

Yu, F., Patterson, D. (2010): Examining adolescent academic achievement: A cross-cultural review. – The Family Journal 18(3): 324-327.

Zakaria, N. (2019): Keberkesanan Mata Pelajaran Sirah Rasul Di Sekolah Rendah Islam (SRI) Ikram Musleh: Satu Tinjauan Di Negeri Sembilan. – Journal of Hadith Studies 4(2): 77-84.

Zawawi, Z.A., Yaakub, R., Azirun, R. (2019): Penghasilan carta alir KSR-I dan penggunaanya dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah murid pendidikan khas. – International Conference on Special Education in Southeast Asia Region 5p.

Downloads

Published

2024-02-26

How to Cite

SAILI, J., & TAAT, M. S. (2024). PENGARUH PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN (PTPK) TERHADAP AMALAN KREATIVITI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM: THE INFLUENCE OF TECHNOLOGICAL PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE (TPCK) ON THE CREATIVE PRACTICES OF ISLAMIC EDUCATION TEACHERS. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 64–81. https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.331

Issue

Section

Articles