PERBELANJAAN MAHASISWA IPTA TERHADAP MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA
IPTA STUDENTS EXPENDITURE ON SUGARY FOODS AND BEVERAGES
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i3.367Keywords:
minuman bergula, mahasiswa IPTA, promosi, gayahidup, pengaruhAbstract
Penyelidikan ini menganalisis corak perbelanjaan mahasiswa IPTA ke atas makanan dan minuman bergula, mengkaji faktor yang mempengaruhinya dan kesan perubahan cukai yang dikenakan dalam pasaran. Seramai 832 orang responden dari seluruh mahasiswa IPTA di Malaysia terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul secara maya dan dianalisis secara deskriptif dan regresi. Analisis corak perbelanjaan mahasiswa menunjukkan pengambilan minuman bergula yang tertinggi bagi komponen air bancuh (83.25%) namun dengan kekerapan hanya satu hingga dua kali seminggu dengan perbelanjaan di bawah RM 10 manakala makanan bergula tertinggi adalah bijirin manis (74.08%) dengan kekerapan sekali hingga kedua kali seminggu di bawah perbelanjaan RM 10. Faktor Promosi, Gayahidup, Rasa dan Pengaruh rakan menunjukkan nilai signifikan, p-value kurang 0.005 mempengaruhi keputusan pembelian ke atas makanan dan minuman bergula. Berdasarkan cukai yang dikenakan dalam pasaran, kesan ke atas mahasiswa menyambut baik dengan menyokong 50.79% usaha kerajaan ke atas makanan dan minuman bergula walaupun perlaksanaan 40 sen/seliter tidak memberi kesan langsung kepada mahasiswa sebagai pengguna.
References
Abdullah, M.A., Ali, N. (2011): Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan implikasinya terhadap pembelajaran. – Jurnal Personalia Pelajar 10p.
Greenberger, E., Steinberg, L. (1986): When teenagers work: The psychological and social costs of adolescent employment. – Basic Books 275p.
Kamaruddin, F. (2019): Pengambilan gula dan kesihatan pergigian. – MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia Web Portal 6p.
Lim, C.J., Shahar, S., Yahya, H.M., Teh, S.C., NS, M.N., Lim, H.C., MF, M.Z., Sallehuddin, D. and Mukhsan, N. (2010): Level of nutritional knowledge and health awareness among diabetes mellitus patients at Cheras Health Clinic, Kuala Lumpur, Malaysia. [Tahap pengetahuan pemakanan dan kesedaran kesihatan di kalangan pesakit diabetes mellitus di Klinik Kesihatan, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia]. – Sains Malaysiana 39(3): 505-511.
Mahmood, W.N.W. (2017): The sugary added food and beverages consumption and its association with the nutritional status of children age 10-11 years old in Kota Bharu, Kelantan. – Universiti Sains Malaysia 103p.
Norimah Jr, A.K., Safiah, M., Jamal, K., Haslinda, S., Zuhaida, H., Rohida, S., Fatimah, S., Norazlin, S., Poh, B.K., Kandiah, M. and Zalilah, M.S. (2008): Food Consumption Patterns: Findings from the Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS). – Malaysian Journal of Nutrition 14(1): 25-39.
Ramlan, W.K., Nga, J.L., Idris, R., Jinideh, D.D.J. (2018): Corak Perbelanjaan dan Kemampuan Berbelanja Golongan Belia Malaysia. – Malaysian Journal of Youth Studies 18: 7-28.
Sabri, B., Zainuddin, N.A., Manusia, F.E. (2018): Kos Sara Hidup Mahasiswa UPM. – Jurnal Pengguna Malaysia 19p.