IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP JAMINAN MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN DI KAWASAN MISKIN BANDAR, SABAH
IMPACT OF COVID-19 PANDEMIC ON FOOD SECURITY AND PRACTICES IN URBAN POOR AREAS, SABAH
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i5.530Keywords:
COVID-19, keselamatan makanan, kesihatan, bayi dan kanak-kanak, kawasan miskin bandarAbstract
Kajian ini meninjau impak pandemik COVID-19 terhadap isu jaminan makanan dan amalan pemakanan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil di kawasan miskin bandar di Kota Kinabalu, Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sosio-ekonomi dan kebolehdapatan makanan keluarga di penempatan miskin bandar di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Ini termasuklah aspek amalan pemakanan, jaminan makanan dan impak pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap penduduk miskin bandar terutamanya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah aplikasi pendekatan kualitatif secara temubual dan pemerhatian di lapangan yang melibatkan 20 orang informan di Kampung Numbak dan 20 orang informan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Telipok Ria, Kota Kinabalu, Sabah. Informan-informan tersebut terdiri daripada golongan wanita yang berkahwin dan mempunyai anak-anak yang berumur dua tahun ke bawah. Dapatan kajian menunjukkan impak daripada pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap status pemakanan dan gangguan terhadap jaminan makanan bayi dan kanak-kanak kecil di kawasan kajian. Kesimpulannya, jaminan makanan dan amalan pemakanan yang sihat amat mempengaruhi proses tumbesaran dan perkembangan bagi bayi dan kanak-kanak kecil yang berusia dua tahun kebawah. Ini kerana jika bayi dan kanak-kanak kecil tidak memperoleh zat pemakanan yang mencukupi akan mempengaruhi kesihatan, proses tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal yang berbeza daripada bayi dan kanak-kanak kecil yang mendapatkan zat pemakanan yang mencukupi.
References
Abdul Rashid, A.A. (2020): Tip bahagia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak COVID-19. – MI Amat & AJ Jusoh. Kompilasi Artikel Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Menangani Impak COVID-19 (Eds.) 11p.
Adnan, N., Nordin, S.M. (2021): How COVID 19 effect Malaysian paddy industry? Adoption of green fertilizer a potential resolution. – Environment, Development and Sustainability 23(6): 8089-8129.
Béné, C. (2020): Resilience of local food systems and links to food security-A review of some important concepts in the context of COVID-19 and other shocks. – Food Security 12(4): 805-822.
Berma, D.A.A.R.D.M. (2021): Kesan pandemik beri dimensi baharu kemiskinan bandar. – Berita Harian 10p.
Chambers, J.W., Anderson, F. (2020): Stress in America A National Mental Health Crisis. – American Psychological Association 12p.
Chhabra, S. (2020): Psychological Implications of COVID-19 Pandemic--A Wide Spectrum of Manifestations. – Journal of Evolution of Medical and Dental Sciences 9(33): 2386-2392.
Devereux, S., Béné, C., Hoddinott, J. (2020): Conceptualising COVID-19’s impacts on household food security. – Food Security 12(4): 769-772.
Ibhrim, Z., Raffar, Z., Aida, I.N., Mujani, W.K., Yaacob, S.E. (2022): Kajian rintis terhadap impak pandemik COVID-19 ke atas taraf hidup isi rumah B40. – Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) 4(2): 17-28.
Imai, N., Dorigatti, I., Cori, A., Donnelly, C., Riley, S., Ferguson, N.M. (2020): Report 2: Estimating the potential total number of novel Coronavirus cases in Wuhan City. China. – Imp. Coll. Lond. 2: 1-6.
Yahaya, N. (1991): A profile of the urban poor in Malaysia. – Journal of Contemporary Asia 21(2): 212-221.