PERUBAHAN MAKNA KATA SERAPAN ARAB DALAM BAHASA MELAYU
SEMANTIC CHANGES OF ARABIC LOANWORDS IN THE MALAY LANGUAGE
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i4.1277Keywords:
perubahan semantik, kata serapan Arab, kata pinjaman Arab, kosa kata ArabAbstract
Kata serapan Arab dalam bahasa Melayu mengalami perubahan leksikal, fonologi dan semantik. Perubahan leksikal dan bunyi dapat dikenalpasti dengan mudah, namun perubahan semantik merupakan aspek yang mencabar kerana melibatkan perbezaan makna antara bahasa sumber dan bahasa penerima yang memerlukan rujukan kamus dan konteks penggunaan. Perbezaan ini berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penutur, khususnya dalam domain agama yang berisiko membawa kepada kesalahan dalam pemahaman terhadap sesuatu kata. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis semantik serta menjelaskan perubahan makna kata serapan Arab dalam bahasa Melayu berdasarkan perbandingan makna antara Kamus Lisan Arab (KLA) dan Kamus Dewan Perdana (KDP). Fokus kajian adalah pada lapan kata serapan Arab yang kerap digunakan dalam teks khutbah Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026 bagi negeri-negeri dalam Zon Utara iaitu negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Kata serapan yang dikaji adalah Islam, umat, rahmat, maksud, surah, ibadah, syukur dan berkat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan perbandingan semantik berdasarkan teori perubahan semantik Millar. Dapatan kajian menunjukkan perubahan semantik yang mendominasi kata serapan yang dikaji adalah penyempitan makna, diikuti peluasan makna serta beberapa pemindahan makna dan perubahan sinekdoki. Oleh itu, dengan analisis semantik dalam kajian ini, makna kata serapan Arab dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa asalnya dapat dilihat dengan lebih mudah dan jelas. Analisis ini memperlihatkan perbezaan makna antara kedua-dua bahasa dan diharap mampu memudahkan pemahaman serta mengelakkan kekeliruan penutur dalam memahami dan menggunakan kata serapan Arab pada masa akan datang.
Arabic loanwords in the Malay language have undergone lexical, phonological, and semantic changes. While lexical and phonological changes can be identified relatively easily, semantic change remains a more challenging aspect as it involves differences in meaning between the source language and the recipient language, which require reference to dictionaries and contextual usage. These differences may lead to confusion among speakers, particularly within the religious domain, where misinterpretation of certain terms may occur. Therefore, this study was conducted to analyse the semantics and explain the semantic changes of Arabic loanwords in Malay through a comparison between the meanings recorded in Lisan al-Arab Dictionary (KLA) and Kamus Dewan Perdana (KDP). The study focuses on eight Arabic loanwords frequently used in the 1447H/2026 Eid al-Fitr sermon texts across the Northern Zone states of Kedah, Perlis, Penang, and Perak. The selected loanwords analysed in this study comprise Islam, umat, rahmat, maksud, surah, ibadah, syukur, and berkat. This study employed a qualitative approach through document analysis and semantic comparison based on Millar Semantic Change Theory. The findings indicate that semantic narrowing is the most dominant type of semantic change identified in the analysed loanwords, followed by semantic broadening, as well as several cases of semantic transfer and synecdochic change. Hence, the semantic analysis presented in this study enables the meanings of Arabic loanwords in Malay and their original Arabic meanings to be understood more clearly and systematically. The analysis highlights the semantic differences between the two languages and is expected to facilitate better understanding while reducing confusion among speakers in comprehending and using Arabic loanwords in the future.
References
[1] Abas, N.A., Abusahyon, A.S., Sahad, M.S. (2019): Semantically divergent meaning of Arabic loanwords in the Malay language. – The 5th International Conference on Linguistics, Literature and Culture (ICLLIC 2019), George Town, Penang, Malaysia 34p.
[2] Abdul Mutalib, A.R. (2023): Penyesuaian ortografi dan imbuhan kata pinjaman bahasa Arab dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008. – RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya 2(1): 23-55.
[3] Abu Bakar, N., Zahid, I., Jaafar, M.F., Wan Ali, W.Z.K. (2024): Pemetaan dan pengklasifikasian domain semantik Syariah berdasarkan hubungan makna leksikal kata pinjaman bahasa Arab. – Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities 32(S1): 1-27.
[4] Bakri, M.A., Rusli, N.F.M. (2022): Variasi sebutan kata serapan bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa. – Jurnal Melayu 21(2): 16-31.
[5] Ibn Manẓūr, M. ibn M. (1414H/1994): Lisān al-ʿArab. – Dār Ṣādir, Beirut, 15: 8197p.
[6] Kamus Dewan Edisi Keempat (2019): Kamus Dewan Edisi Keempat. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1817p.
[7] Kamus Dewan Perdana (2021): Kamus Dewan Perdana. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2529p.
[8] Kitagawa, H. (2002): The development and standardization of the Malay language. – Journal of Southeast Asian Studies 33(3): 437-452.
[9] Millar, R.M., Trask, R.L. (2015): Trask's Historical Linguistics. – Routledge, Abingdon 412p.
[10] Omar, A.H. (2013): Sejarah Ringkas Bahasa Melayu. – Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur 100p.
[11] Sarudin, A., Jalaluddin, N.H. (2017): Analisis Semantik Kognitif Kata Serapan Arab-Melayu. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 200p.
[12] Yeob, S.J., Abd Rahman, L. (2023): Perubahan dan kehilangan bunyi Arab dalam beberapa bahasa pilihan: Satu kajian etimologi bunyi Arab. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 8(12): 1-13.
[13] Zahid, I., Abu Bakar, N., Wan Ali, W.Z.K., Jaafar, M.F. (2024): Pembangunan prototaip: Peluasan makna kata pinjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu. – Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities 32(S1): 51-85.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 MOHD SHAHZUWAN AHMAD RAZAK, IBRAHIM ABDULLAH, YAZID ISA, AMNI MUSLIHAH

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.