KEBIJAKSANAAN JATI DIRI DAN KONSTRUKSI MINDA MELAYU DALAM CERITA RAKYAT KELANTAN BERDASARKAN PENDEKATAN FIRASAT

WISDOM OF MALAY IDENTITY AND MIND CONSTRUCTION IN KELANTAN FOLKTALES BASED ON FIRASAT APPROACH

Authors

  • DANIA PUTRI ELISA RIYASNIL Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia.
  • MOHD FIRDAUS CHE YAACOB Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia.
  • AFIDATUL SYAZWANI AFANDI Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i4.1357

Keywords:

cerita rakyat, jati diri Melayu, konstruksi minda, pendekatan firasat, teori pengkaedahan Melayu

Abstract

Cerita rakyat merupakan warisan sastera lisan yang berperanan penting dalam menyampaikan nilai, norma serta pandangan hidup masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebijaksanaan jati diri Melayu serta menganalisis konstruksi minda masyarakat Melayu yang terkandung dalam teks Himpunan Cerita Rakyat Seluruh Jajahan Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan analisis teks terhadap beberapa cerita rakyat terpilih. Bagi tujuan analisis, Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang digunakan sebagai kerangka utama dengan penekanan kepada pendekatan firasat. Pendekatan ini membolehkan pengkaji meneliti makna tersirat, simbol serta perlambangan yang mencerminkan cara pemikiran masyarakat Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa cerita rakyat Kelantan mengandungi pelbagai nilai jati diri Melayu yang merangkumi aspek budaya, agama, politik dan ekonomi, sekali gus membentuk pola pemikiran masyarakat yang berteraskan akal budi, kepercayaan dan pengalaman hidup. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa cerita rakyat bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, malah berperanan sebagai medium pembentukan pemikiran dan identiti masyarakat Melayu. Oleh itu, kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan cerita rakyat dalam memperkukuhkan jati diri serta konstruksi minda Melayu dalam konteks semasa.

Folktales represent a form of oral literature that plays a significant role in conveying values, norms, and the worldview of the Malay community. This study aims to identify the wisdom of Malay identity and to analyse the construction of the Malay mindset as reflected in the text Himpunan Cerita Rakyat Seluruh Jajahan Kelantan. This research adopts a qualitative approach through library research and textual analysis of selected folktales. The analysis is guided by the Malay Methodology Theory introduced by Hashim Awang, with particular emphasis on the intuitive (firasat) approach. This approach enables the researcher to interpret implicit meanings, symbols, and representations embedded in the narratives, which reflect the patterns of Malay thought. The findings indicate that Kelantanese folktales encompass various elements of Malay identity, including cultural, religious, political, and economic aspects, which collectively shape the community’s way of thinking based on intellect, belief, and lived experience. In addition, the study reveals that folktales function not merely as a form of entertainment but also as a medium for shaping identity and intellectual perspectives within Malay society. Therefore, this study contributes to a deeper understanding of the role of folktales in strengthening Malay identity and the construction of the Malay mindset in contemporary contexts.

References

[1] Ahmad, H. (2008): Jati diri bangsa Melayu berdasarkan pandangan hidup mereka. – In: Ismail Adnan, Rafie Abd. Rahim (eds.) Jati Diri Johor dalam Pelbagai Perspektif. Yayasan Warisan Johor, Johor 20p.

[2] Ali, R.M. (2017): Sastera rakyat dalam media digital sumber ekonomi kreatif negara. – International Seminar on Islam, Culture and Heritage: Socio-Political and Economic Issues, Universiti Utara Malaysia 15p.

[3] Awang, H. (2002): Teori Pengkaedahan Melayu dan prinsip penerapannya. – Bengkel Kajian Teori Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 15p.

[4] Awang, H. (1989): Kajian sastera: Suatu pendekatan Melayu. – Dewan Sastera 4p.

[5] Hamid, I. (1987): Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. – Longman Malaysia, Petaling Jaya 270p.

[6] Hanafiah, M.N.A.M., Yaacob. M.F.C. (2020): Nilai-nilai Islam dan pembentukan akhlak dalam cerita rakyat Melayu. – International Journal of Language Education and Applied Linguistics 10(2): 48-56.

[7] Hassan, A. (2009): Bahasa Melayu di persimpangan: Antara jati diri dengan rempuhan globalisasi. – KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities 16: 59-81.

[8] Nasir, N.Y.M., Bujang, R., Hussain, E.M. (2016): Animasi cerita Bangsawan Puteri Saadong: Adaptasi teks dan persembahan. – MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa 23: 143-160.

[9] Omar, A.H. (2006): Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 214p.

[10] Osman, M.T. (1988): Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 348p.

[11] Sikana, M. (2013): Dari Barat ke Timur: Teori dan Kritikan Sastera. – Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 400p.

[12] Yaacob, M.F.C. (2018): Nilai-nilai murni dalam naratif lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu penelitian Pengkaedahan Melayu. – Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan 350p.

[13] Yaacob, M.F.C. (2015): Seuntai nilai-nilai murni dalam himpunan 366 cerita rakyat di Malaysia. – Universiti Putra Malaysia Serdang 200p.

[14] Zikeria, S.Z. (2015): Gaya penyampaian cerita rakyat Melayu terpilih dalam Majalah Dewan Pelajar. – Tesis Sarjana Sastera, Universiti Putra Malaysia, Serdang 200p.

[15] Zuriah (2008): Pendidikan Moral dan Budi Pekerti dalam Perspektif Perubahan. – Bumi Aksara, Jakarta 200p.

Downloads

Published

2026-08-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

KEBIJAKSANAAN JATI DIRI DAN KONSTRUKSI MINDA MELAYU DALAM CERITA RAKYAT KELANTAN BERDASARKAN PENDEKATAN FIRASAT: WISDOM OF MALAY IDENTITY AND MIND CONSTRUCTION IN KELANTAN FOLKTALES BASED ON FIRASAT APPROACH. (2026). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 913-923. https://doi.org/10.55197/qjssh.v7i4.1357