KAJIAN TREND PASARAN HARTA TANAH KOMERSIAL DI PUSAT BANDAR SANDAKAN

STUDY OF COMMERCIAL PROPERTY MARKET TRENDS IN SANDAKAN CITY CENTRE

Authors

  • CHUA LEE HUA Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • FLORANCE KANA Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • SHOON SU PIN Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • OLIVER VALENTINE EBOY Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • WINNIE MIANA BINOL Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.
  • ZUVIVI BINTI JIAM Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.417

Keywords:

trend pasaran, harta tanah, komersial, Inverse Distance Weighted (IDW), Geographic Information System (GIS)

Abstract

Bandar Sandakan terletak di pantai timur Sabah, Malaysia, berhampiran dengan pantai Laut China Selatan dengan koordinat geografi 5.8402° N latitud, 118.1179° E longitud. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu dengan keluasan 2266 km² dengan jumlah penduduk kini hampir lebih sejuta orang. Jenis pasaran harta tanah komersial bagi rumah kedai di bandar Sandakan adalah berbeza-beza mengikut zon. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti trend pasaran harta tanah komersial di Pusat Bandar Sandakan, Sabah pada tahun 2023. Bagi mencapai objektif berkenaan, perbandingan dilakukan terhadap trend yang ditunjukkan pada tahun 2013 dan 2023. Pembahagian Pusat Bandar Sandakan mengikut zon; A, B dan C turut dilakukan bertujuan untuk mendapatkan taburan nilai sewa yang pelbagai. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Terdapat beberapa metodologi berbeza yang digunapakai pada peringkat yang berlainan. Peringkat pertama melibatkan pemerolehan data primer iaitu soal selidik sebanyak 103 borang. Seterusnya diikuti dengan analisis deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Peringkat ketiga melibatkan penggunaan Geographic Information System (GIS) untuk melakukan analisis Ordinary Least Squares (OLS) untuk menghasilkan model regresi linear dan untuk menghasilkan peta interpolasi iaitu Inversed Distanced Weighted (IDW) sewa di pusat bandar Sandakan. Oleh itu, ArcMap 10.8 telah digunakan dalam menghasilkan peta. Dapatan daripada analisis interpolasi yang dijalankan menunjukkan kewujudan variasi nilai sewa. Hasil daripada analisis kajian ini mendapati bahawa berlaku penurunan bagi nilai terendah sewa rumah kedai dan berlaku peningkatan bagi nilai tertinggi sewa rumah kedai antara tahun 2013 sehingga 2023 di pusat bandar Sandakan. Terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi trend perubahan nilai pasaran harta tanah komersial di pusat bandar Sandakan.

References

Ali, M.M., Alias, B., Daud, D.D., Rahman, F.A., Raghazli, R., Mukhatar, N.A., Dali, N.F.A. (1998): Penentuan Nilai Sewa Munasabah bagi Harta Tanah Institusi Pengajian Tinggi (IPT): Kes Kajian di Universiti Teknologi Malaysia. – Universiti Teknologi Malaysia 90p.

Buang, S. (2008): Pusat Maklumat Bersepadu Hartanah Negara. – Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 15p.

Eboy, O.V., Abd, M., Foo, J., Ladoni, A.M. (2009): Permodelan nilai sewa harta tanah komersial menggunakan pengintegrasian GIS dan MRA di Kota Kinabalu. – Universiti Malaysia Sabah 49p.

Eboy, O.V., Jurah, A.K. (2021): Modeling the Commercial Property Value Using Ordinary Least Squared (OLS): A Case Study of Putatan, Sabah and Limbang, Sarawak. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(3): 290-296.

Eboy, O.V., Samat, N. (2014): Development of Property Valuation Model for Tax Purposes Using Ordinary Least Square Method. – International Journal of Environment, Society and Space 2(1): 61-71.

Ismail, M.R. (2022): Hartanah komersial kekal terjejas. – Harian Metro Web Portal 12p.

Isnain, Z., Said, S.J. (2019): Using the Geographical Information System (GIS) Methods in Determination of Landuse Changes at Batu Sapi, Sandakan, Sabah, Malaysia. – In Journal of Physics: Conference Series, IOP Publishing 1358(1): 9p.

Jafar, A., Mapa, M.T., Sakke, N. (2012): Impak aktiviti pembangunan terhadap trend kekerapan dan magnitud banjir di Lembangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. – Jurnal Kinabalu 18: 98-116.

Jaudin, H.B., Eboy, O.V. (2021): HUBUNG KAIT FAKTOR KETINGGIAN TERHADAP HARTA TANAH KEDIAMAN DI KOTA KINABALU MENGGUNAKAN GIS: RELATIONSHIP BETWEEN HEIGHT FACTORS ON RESIDENTIAL PROPERTY IN KOTA KINABALU USING GIS. – Jurnal Kinabalu 27: 81-96.

Kerajaan Negeri Pahang (2021): Kerajaan Pahang Kurangkan Separuh Kadar Sewa Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau. – Kerajaan Negeri Pahang Web Portal 4p.

Misran, N.S.A., Ariffin, K.M. (2021): Strategi Pemasaran Harta Tanah Komersial Tidak Terjual oleh Pemaju di Ayer Hitam. – Research in Management of Technology and Business 2(1): 1265-1279.

Muhamad, H. (2019): Kerajaan lulus RM2.28 bilion untuk pembangunan di Sandakan. – Astro Awani Web Portal 8p.

National Property Information Centre (NAPIC) (2019): Laporan Pasaran Harta 2019. – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia 279p.

National Property Information Centre (NAPIC) (2013): Laporan Pasaran Harta 2013. – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia 259p.

Nelson, G.S. (1985): Impact of Mortgagor Bankruptcy on the Real Estate Mortgagee: Current Problems and Some Suggested Solutions. – Missouri Law Review 50: 42p.

Omar, I. (1992): Penilaian Harta Tanah. – Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka 247p.

Reddy, G.O. (2018): Spatial data management, analysis, and modeling in GIS: principles and applications. – Geospatial Technologies in Land Resources Mapping, Monitoring and Management 15p.

Yunus, C., Hamzah, N., Eboy, O.V., Rosmadi, N.A., Kasrah, N. (2024): PENENTUAN FAKTOR LOKASI YANG MEMPENGARUHI NILAI SEWA HARTA KOMERSIAL BANDAR SANDAKAN MENGGUNAKAN GIS: DETERMINE LOCATION FACTORS AFFECTING THE SANDAKAN CITY COMMERCIAL PROPERTY'S RENTAL VALUE USING GIS. – Quantum Journal of Social Sciences and Humanities 5(1): 126-137.

Downloads

Published

2024-08-30

How to Cite

HUA, C. L., KANA, F., PIN, S. S., EBOY, O. V., BINOL, W. M., & JIAM, Z. B. (2024). KAJIAN TREND PASARAN HARTA TANAH KOMERSIAL DI PUSAT BANDAR SANDAKAN: STUDY OF COMMERCIAL PROPERTY MARKET TRENDS IN SANDAKAN CITY CENTRE. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 5(4), 213–222. https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.417

Issue

Section

Articles