PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN DALAM SIRAH DAN TAMADUN ISLAM: TINJAUAN FAKTOR DEMOGRAFI
PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE IN SIRAH AND ISLAMIC CIVILIZATION: A DEMOGRAPHIC SURVEY
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.418Keywords:
pengetahuan pedagogi kandungan, Sirah dan Tamadun Islam, guru Pendidikan Islam, pembangunan profesionalAbstract
Pengetahuan pedagogi kandungan merupakan elemen penting dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam yang efektif. Namun, kajian khusus mengenai tahap PPK guru Pendidikan Islam masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap PPK guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam, serta menganalisis perbezaannya berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan. Seramai 266 orang guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian di negeri Sabah dipilih menggunakan prosedur pensampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap PPK guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis ujian-t dan ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap PPK berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menyokong kepentingan pembangunan profesional berterusan untuk meningkatkan PPK guru Pendidikan Islam, tanpa mengira jantina atau tempoh pengalaman mengajar. Kajian ini menyumbang kepada korpus pengetahuan mengenai PPK guru Pendidikan Islam dan membuka jalan untuk kajian lanjutan dalam bidang ini.
References
Ab Hakim, N.A., Iksan, Z. (2018): Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam mata pelajaran Sains. – In Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN2018) 5: 11p.
Ab Majid, M.R., Aziz, A., Ismail, Z., Yusof, C.M.Z., Othman, M.A. (2021): Model Kreativiti Pengajaran Guru Bahasa Arab di Malaysia Berdasarkan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK). – International Journal of Education and Training 7: 1-11.
Anuar, A.S., Razak, K.A. (2022): Penggunaan “Augmented Reality” di dalam pengajaran sirah. – International Journal of Adcanve Research in Islamic Studies and Education (ARISE) 2(2): 56-67.
Awi, N.A.L., Zulkifli, H. (2020): Kaedah Fan-N-Pick dalam Pembelajaran Sirah Pendidikan Islam: Fan-N-Pick Method in The Learning of Sirah in Islamic Education. – ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education 4(2): 61-69.
Faisal, S.A.M., Adnan, N.H. (2021): Tahap kesediaan dan penerimaan guru dalam mempraktikkan penggunaan teknologi digital RI 4.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam pendidikan rendah. – International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education 1(3): 66-80.
Grossman, P.L., Wilson, S.M., Shulman, L.S. (2005): Teachers of substance: Subject matter knowledge for teaching. – Profesorado, Revista de Currículum y Formación Del Profesorado 9(2): 1-25.
Jawan, H., Mahamod, Z. (2021): Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan membina ayat Bahasa Melayu murid sekolah rendah. – Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 67-77.
Hussin, N.H., bin Tamuri, A.H. (2017): Faktor Perkembangan Pengetahuan Kandungan Pedagogi dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam. – The Online Journal of Islamic Education 5(2): 20-28.
Kamal, N.M.M., Hussin, Z., Sulaiman, A.M. (2022): Elemen Kolaborasi Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Heutagogi. – Jurnal Dunia Pendidikan 4(1): 372-386.
Kamaruzaman, N.I., Alias, A. (2020): Hubungan antara pengetahuan dengan sikap guru sekolah kebangsaan pendidikan khas terhadap pembelajaran kolaboratif. – Journal of Educational Research & Indeginous Studies 1(1): 1-11.
Lasan, T.R.T., Noh, M.A.C., Hamzah, M.I. (2017): Pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. – Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1): 15-28.
Le Yee, C., Mohamed, S. (2021): Kemahiran guru dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran di prasekolah. – Jurnal Dunia Pendidikan 3(2): 44-53.
Masingan, C.B., Sharif, S. (2019): Pengetahuan pedagogi kandungan (ppk) guru bukan pengkhususan reka bentuk dan teknologi (rbt) di sekolah menengah. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 4(6): 64-71.
Marzuki, N.A.A., Tahir, Z., Nasri, N.M. (2020): Penguasaan Kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Terhadap Kecekapan Kerja. – e-BANGI Journal 17(9): 140-157.
Mustapha, R.C., Jamsari, E.A., Zakaria, N., Talib, N.M. (2011): Permasalahan pengajaran guru Pendidikan Islam bagi Komponen Tamadun Islam: Satu pemerhatian awal di sekolah menengah daerah Sepang, Selangor. – Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN): Ulama Pemacu Transformasi Negara 5p.
Mustaffa, Z., Hussin, Z., Sulaiman, A.M. (2021): Tahap pengetahuan kurikulum dan amalan pedagogi terbeza guru-guru Pendidikan Islam Zon Selatan Malaysia. – Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2): 1-11.
Nasir, N.M., Mansor, M.B. (2021): Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr): Suatu pemerhatian awal. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(7): 416-421.
Noraziah, M.Y., Mohd Aderi, C.N., Khadijah, A.R. (2018): Kepelbagaian kecerdasan pelajar dalam PDPC Sirah: Keperluan pengajaran efektif. – In Proceedings of the 5th International Conference on Research in Islamic Education and Arabic Language 2018 (ICRIALE 2018), Association of Malaysian Muslim Intellectuals 7p.
Osman, J., Mohamad, J.B., Ahmad, A.N., Razali, J.R. (2018): Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang: Malay language teaching and learning strategy among international students at Universiti Malaysia Pahang. – PENDETA 9: 61-79.
Patric, N., Rosli, R. (2019): Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan Guru Opsyen Matematik dalam Pengajaran Topik Pecahan. – Jurnal Dunia Pendidikan 2(1): 92-101.
Rais, A.R.M., Ahmad, A.R., Abd Hadi, N.A. (2016): Kompentensi Guru Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. – In Proceeding 7th International Seminar on Regional Education 1: 79-89.
Sallehin, S.A., Ab Halim, F. (2018): Penggunaan alat bahan bantu mengajar berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Zon Benut. – Online Journal for TVET Practitioners 7p.
Seliaman, N., Dollah, M.U. (2018): Pengajaran Matematik Sekolah Rendah menggunakan pendekatan Kontekstual: Satu kajian kes: Teaching Mathematics using Contextual Approach in Primary School: A Case study. – Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia 8(1): 74-81.
Shaari, A.S., Ghazali, M.I., Mohd Yusoff, N., Awang, M.I. (2017): Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa praktikum. – Proceedings of the ICECRS 1(1): 599-608.
Shulman, L. (1987): Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. – Harvard Educational Review 57(1): 1-23.
Tajuddin, M.F.A., Zulkifli, H. (2022): Faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan pengetahuan isi kandungan (PIK) Bidang Jawi dalam kalangan guru Pendidikan Islam. – International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education 2(1): 56-72.
Tamuri, A.H., Ismail, M.F., Jasmi, K.A. (2012): Komponen asas untuk latihan guru Pendidikan Islam [Basic components for Islamic Education teacher training]. – Global Journal Al-Thaqafah 2(2): 53-63.
Yulianingsih, T., Chumdari, Lestari, L., Rintayati, P. (2017): Penerapan Model Course Review Horay Berbasis Eksperimen untuk Meningkatkan Pemahaman Konsep Energi Panas dan Bunyi pada Siswa Sekolah Dasar. – Didaktika Dwija Indria 5(4): 1-6.
Zakaria, S.R., Hamzah, M.I., Razak, K.A. (2017): Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah Pendidikan Islam di politeknik zon selatan. – Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1): 29-41.