ANALISIS KRITIKAL EVOLUSI PENDEKATAN PEDAGOGI TERBEZA DALAM PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN: SATU TINJAUAN LITERATUR

A CRITICAL ANALYSIS OF THE EVOLUTION OF DIFFERENTIATED PEDAGOGICAL APPROACHES IN THE TEACHING OF QURANIC RECITATION: A LITERATURE REVIEW

Authors

  • NURUL HAMIMI AWANG JAPILAN Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.
  • NORHISHAM MUHAMAD Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.
  • JAHIDIH SAILI Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.420

Keywords:

pendidikan tilawah al-Quran, pedagogi terbeza, transformasi pendekatan pengajaran, kepelbagaian gaya pembelajaran, keberkesanan pelaksanaan

Abstract

Pendidikan tilawah al-Quran memainkan peranan penting dalam membentuk generasi Muslim yang celik al-Quran. Walau bagaimanapun, seiring dengan perubahan landskap pendidikan semasa, transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) tilawah al-Quran adalah amat diperlukan untuk memastikan keberkesanannya. Keterbatasan pendekatan tradisional dalam pengajaran tilawah al-Quran untuk memenuhi kepelbagaian keperluan dan gaya pembelajaran pelajar pada masa kini menyerlahkan keperluan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pedagogi terbeza dalam konteks pendidikan tilawah al-Quran di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis evolusi pendekatan pedagogi terbeza dalam pendidikan tilawah al-Quran, serta mengenal pasti cabaran dalam pelaksanaannya dan strategi untuk mengoptimumkan keberkesanannya. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen dengan mengkaji kajian-kajian lepas berkaitan pelaksanaan pedagogi terbeza dalam pendidikan tilawah al-Quran, merangkumi kajian di peringkat antarabangsa dan tempatan. Hasil analisis menunjukkan perubahan ketara daripada pendekatan tradisional kepada pedagogi terbeza dalam pendidikan tilawah al-Quran, yang didorong oleh perkembangan teori pembelajaran, peningkatan kesedaran kepelbagaian pelajar, dan kemajuan teknologi. Pelaksanaan pedagogi terbeza didapati membawa impak positif terhadap motivasi, pencapaian, dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dari segi sumber, infrastruktur, kompetensi guru, dan penerimaan pelajar yang perlu ditangani. Latihan guru, integrasi teknologi, dan penglibatan aktif pelajar telah dikenal pasti sebagai strategi utama untuk mengoptimumkan pelaksanaan pedagogi terbeza. Dapatan kajian ini menyumbang kepada pengayaan korpus pengetahuan dalam bidang pendidikan tilawah al-Quran dan memberi panduan kepada pendidik serta pembuat dasar dalam merancang dan melaksanakan pendekatan pedagogi terbeza yang lebih berkesan dan inklusif, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi Muslim yang celik al-Quran.

References

Abidin, N.H.Z., Omar, N., Yusof, N.H. (2019): Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran. – Malaysian Journal for Islamic Studies 3(1): 27-35.

Abdullah, M.N. (2018): Amalan pengajaran tilawah al-Quran berkesan dalam kalangan guru pendidikan Islam. – Universiti Teknologi Malaysia 2p.

Amal, M.I. (2019): Upaya guru pendidikan agama Islam dalam meningkatkan kemampuan membaca Al-Qur'an pada peserta didik. – Universitas Muhammadiyah Jakarta 125p.

Arbain, P. (2015): Eksplorasi pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran program j-Qaf dan hubungannya dengan pencapaian murid. – Universiti Pendidikan Sultan Idris 436p.

bin Syed Hassan, S.N., Zainuzi, N.I.H.M., Asa, S.N.B.M., Zamzuri, S.N.A.B., Zulkarnain, A.E.B. (2022): Teknologi maklumat dan inovasi dalam pembelajaran tahfiz Quran. – Journal of Islamic 7(50): 122-132.

Fitri, F., Kamaruddin, K., Idhan, I. (2021): Teachers Strategy in Solving Students Ability to Read and Write Qur’an at Government Schools. – International Journal of Contemporary Islamic Education 3(2): 59-76.

Hamdan, N.B.H. (2017): Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Rendah di Johor. – Universiti Teknologi Malaysia 74p.

Ismail, Z. (2016): Pengajaran & pembelajaran tilawah al-qur'an sekolah menengah di Malaysia. – Islamiyyat 38(2): 175-178.

Jaafar, H.H., Said, M.H.M. (2019): Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid. – International Journal of Humanities Technology and Civilization 6(1): 8-17.

Maidin, D., Marni, N., Ajmain, M.T. (2024): 21st Century Islamic Education Teachers' Teaching Practice in Teaching Recitation of The Qur'an. – International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development 13(1): 2749-2755.

Moktar, M.S., Sharif, M.F.B. (2021): Kaedah Talaqqī Musyafahah Dalam Tilawah Al-Quran: Method of Talaqqī Musyafahah in Reciting Al-Quran. – MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa 32(1): 153-174.

Mustafa, N.M., Basri, M. (2014): Perbandingan kaedah hafazan al-Quran tradisional dan moden: Satu kajian awal. – Proceeding of The Social Sciences Research ICSSR 8p.

Mustaffa, Z., Hussin, Z., Sulaiman, A.M. (2022): Kaedah Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Pembangunan Model Pedagogi Terbeza Berasaskan Elemen Proses Pengajaran Dalam Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7(5): e001525-e001525.

Mustaffa, Z., Hussin, Z., Sulaiman, A.M. (2021): Pedagogi Terbeza untuk pengajaran guru terhadap kepelbagaian murid. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(9): 202-214.

Naim, N.A., Harun, J. (2014): Teknik pembelajaran tilawah al-qur’an di era ICT. – In 1st International Education Postgraduate Seminar 2p.

Nik Jaafar, N.F.H., Awang, A., Ibrahim, N., Mohd Sallem, N.R., Wan Chek, W.A.K. (2021): Perlaksanaan pengajaran & pembelajaran menerusi" Fan-Q board game": kajian rintis di SK Sura, Terengganu. – e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) 1: 14-29.

Ramli, R., Yusoff, N.M. (2020): Pengaruh pengetahuan pedagogi kandungan terhadap amalan Pedagogi Terbeza guru-guru sekolah menengah zon pantai timur Malaysia. – In International Conference Teacher Education 2: 9-20.

Riduan, T.N.T.T. (2020): Pengurusan guru tahfiz dalam pengajaran hafazan Al-Quran: Kajian di Sekolah Tahfiz Kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan. – Universiti Pendidikan Sultan Idris 137p.

Sabilan, S., Ibrahim, B., Lip, S.M., Ishak, M.F., Mohni, S.N.I. (2018): Analisis Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Berdasarkan Model Khatam Al-Quran Dan Model Tasmik J-Qaf. – In Prosiding Seminar International Conference on Islamic Education & Research (ICIER 2016) Eagle Bay, Langkawi 19p.

Sharif, M.M., Baharudin, H. (2023): Implementasi Pengajaran Terbeza Tilawah al-Quran dan Keterlibatan Murid di Sekolah Rendah Daerah Keramat, Kuala Lumpur [Implementation of Differentiated Teaching of al-Qur'an Recitation and Pupils Engagement in Keramat District Primary School, Kuala Lumpur]. – International Journal of Islamic Products and Malay Civilization 2(2): 84-102.

Zin, S.M.M., Ismail, M.B. (2018): Kelebihan Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran Secara Bertajwid Menggunakan Kaedah Almatien. – In Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 20p.

Downloads

Published

2024-08-30

How to Cite

AWANG JAPILAN, N. H., MUHAMAD, N., & SAILI, J. (2024). ANALISIS KRITIKAL EVOLUSI PENDEKATAN PEDAGOGI TERBEZA DALAM PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN: SATU TINJAUAN LITERATUR: A CRITICAL ANALYSIS OF THE EVOLUTION OF DIFFERENTIATED PEDAGOGICAL APPROACHES IN THE TEACHING OF QURANIC RECITATION: A LITERATURE REVIEW. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 5(4), 236–250. https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.420

Issue

Section

Articles