META-ANALISIS KAJIAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
META-ANALYSIS OF PHYLOSOPHY STUDIES AND CURRENT ISSUES (FIS) IN HIGHER EDUCATION INSTITUTION IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.421Keywords:
falsafah dan isu semasa, meta-analisis, pemikiran kritis, mata pelajaran umumAbstract
Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) berperanan penting dalam pembangunan modal insan yang holistik di institusi pengajian tinggi Malaysia. Kajian-kajian lepas telah meneliti pelbagai aspek pelaksanaan kursus FIS, namun terdapat jurang dalam memahami metodologi yang digunakan dan dapatan yang diperoleh secara menyeluruh. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis metodologi dan dapatan utama kajian-kajian lepas berkaitan FIS melalui pendekatan meta-analisis. Sebanyak 21 artikel berkaitan FIS yang diterbitkan antara tahun 2020 hingga 2023 telah dipilih melalui carian sistematik dalam pangkalan data seperti Scopus, Science Direct, ProQuest dan Google Scholar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan merupakan metodologi yang paling kerap digunakan, diikuti pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dan temu bual. Dalam segi dapatan pula, kajian-kajian lepas melaporkan persepsi positif pelajar terhadap kursus FIS, keberkesanan kursus dalam membentuk pemikiran kritis dan identiti moral, serta potensi pendekatan pengajaran interaktif dan berasaskan teknologi. Dapatan ini memberi implikasi penting terhadap praktis dan polisi pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam aspek keperluan untuk memperkasakan kursus FIS, menerapkan elemen pemikiran kritis dan identiti moral merentasi kurikulum, serta menyokong pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini mencadangkan penyelidikan lanjutan berkaitan impak jangka panjang kursus FIS, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanannya, perbandingan dengan kursus pembangunan insan yang lain, serta aplikasi teknologi baharu dalam pelaksanaan kursus ini pada masa hadapan.
References
Abd Latif, S.F., Shafien, S., Nawi, N.S.M., Ramamurthy, L., Sood, S.M.M. (2022): Classtools: Fun Learning in Philosophy and Current Issues. – Dalam IUCEL2022 Proceedings: 664-668.
Abd Rahim, S., Ali, N.B., Aziz, S.N.A., Ismail, S., Yusof, M., Daud, N.M. (2023): Students’ Perception Toward Learning Philosophy And Current Issues (CTU552) After Using Website CTU552-EAC. – Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies 31(2): 166-181.
Akhir, N.S.M., Ismail, S., Ismail, M.S.I., Aisyah, S., Yusof, M.A.S.A. and Yusof, A.S.M. (2023): Penerimaan mahasiswa terhadap mata pelajaran umum (MPU) kursus falsafah dan isu semasa di UiTM cawangan Kedah. – International Journal of Modern Education (IJMOE) 5(18): 137-147.
Ali, N.B., Abd Rahim, S., Aziz, S.N.A., Daud, N.M., Ismail, S., Yusof, M. (2023): Easy Access Center (EAC552) for Centralized Materials and Assessment's Guidelines for Course Philosophy and Current Issues. – APS Proceedings 7: 36-44.
Alias, J., Mat, N. (2022): Pengantar Falsafah dan Isu Semasa: Rujukan Mahasiswa Universiti Awam dan Swasta. – MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 23: 31-36.
Azhar, M.H.M. (2021): Wacana Dekolonisasi Ilmu Dan Pembentukan Kearifan Tempatan Melalui Kursus Falsafah Dan Isu Semasa: Discourse on the Decolonization of Knowledge and the Formation of Local Wisdom through Philosophy Courses and Current Issues. – Online Journal of Research in Islamic Studies 8(1): 65-83.
binti Ab Hamid, N., binti Hashim, S. N. I., & binti Abd Wahab, N. A. (2023): Penerapan ilmu logik dalam kursus falsafah dan isu semasa: Kepentingannya terhadap mahasiswa. – Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED) 8(52): 93-103.
Hamid, N.A., Zabidi, M.M., Hashim, S.N.I., Wahab, N.A.A., Atan, M.A. (2022): Logical Knowledge in The Philosophy and Current Issues Course At Malaysian Tertiary Education Institutions: A Conceptual Paper. – International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 12(11): 2036-2044.
Ijon, R., Abd Latif, S.F., Razak, A.A., Shaari, A.A.H. (2022): Pembangunan Insan dalam Mata Pelajaran Umum: Kajian Terhadap Pelajar Universiti Malaysia Kelantan. – Dalam e-Prosiding Seminar Mata Pelajaran Umum Peringkat Kebangsaan 2021 Siri 1 (SeMUKe-1), Universiti Malaysia Kelantan 48p.
Kassim, F., Ramli, M.R., Noor, N.A.M., Yong, I.S.C. and Azzis, M.S.A. (2023a): Peranan Kursus Falsafah dan Isu Semasa dalam "Menyempurnakan" Mahasiswa: Kajian di Universiti Malaya. – Asian People Journal 6(2): 35-46.
Kassim, F., Noor, N.A.M., Azzis, M.S.A., Ching, I.Y.S., Ramli, R., Hanafi, F. (2023b): Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa dalam Kalangan Pelajar di Universiti Malaya: Implementation and Effectiveness of Teaching and Learning Methods of Philosophy and Current Issues Courses among Students in Universiti Malaya. – Sains Insani 8(1): 15-24.
Latiff, L.A., Mokhtar, R.A.M., Mohad, A.H. (2020a): Analisis deskriptif persepsi pelajar terhadap pensyarah falsafah dan isu semasa (FIS). – Dalam E-Proceedings of the International Conference on Aqidah, Religions and Social Sciences (SIGMA10), Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management, Universiti Sains Islam Malaysia 4p.
Latiff, L.A., Mokhtar, R.A.M., Mohad, A.H. (2020b): Penerimaan Pelajar Usim Terhadap Kursus Falsafah Dan Isu Semasa: Satu Analisis Deskriptif. – Dalam Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020) 12p.
Marinsah, S.A., Ramlie, M.N.H.H.H., Othman, I.W. (2022): Signifikan Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam Pembentukan Akhlak dan Moral di Universiti Malaysia Sabah. – International Journal of Education, Psychology and Counseling 7(45): 127-136.
Marinsah, S.A., Abang Muis, A.M.R., Esa, M.S., Othman, I.W., Ramlie, H., Mokhtar, S., Yusoff, M.S. (2021): Pengajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam Membentuk Pemikiran Kritis: Penelitian Terhadap Modul Kursus FIS di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah. – International Journal of Education, Psychology and Counseling 6(39): 137-149.
Mohamad Akhir, N.S., Ismail, S. (2023): Go FalQuizzi: permainan interaktif pengusaan terminologi. – Dalam E-Proceedings International Teaching Aid Competition 2023, Universiti Teknologi MARA 9p.
Mokhtar, R.A.M., Yacob, S.N.B.M., Tohar, S.N.A.M., Mohad, A.H. (2020): Persepsi Awal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Terhadap Kursus Falsafah dan Isu Semasa. – Dalam Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020, FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia 9p.
Othman, I.W., Karulus, Y., Talib, M.N.M., Mokhtar, S., Yusoff, M.S. and Kamal, H.I.M. (2023): Cultivating patriotism among university students: Facilitating the formation of the Malaysian family concept in a multiracial society. – International Journal of Modern Education (IJMOE) 5(19): 359-392.
Ramlie, H., Marinsah, S.A., Mokhtar, S., Esa, M.S., Shah, M.K.M., Nor, N.M.M., Kaspin, K.G. (2021): Penelitian Awal Aspek Kefahaman Mahasiswa Terhadap Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS): Tinjauan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). – International Journal of Education, Psychology and Counselling 6(39): 150-165.
Razak, A.A., Bakar, S.A., Yusuff, N.A., Nawi, N.H.M., Daud, B.C. (2022): Nilai toleransi dalam Mata Pelajaran Umum Menurut Perspektif Pelajar. – Borneo International Journal 5(1): 1-7.
Webster, J., Watson, R.T. (2002): Analyzing the past to prepare for the future: Writing a literature review. – MIS Quarterly 10p.
Yusoff, A.N.M., Kanan, P., Ketamadunan, J.P.K.D., Razak, M.D.R.R.A., Magiman, M.D.M.M. (2022): Teknik Kuliah Maya: Pendekatan 'Synchronous dan Pengalaman Kursus Falsafah dan Isu Semasa, UPM, Selangor. – Dalam e-Prosiding PASAK7 2022: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022), Universiti Putra Malaysia 14p.