TAHAP PENGETAHUAN AKIDAH ISLAMIAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP PELAJAR DIPLOMA UITM SABAH
THE LEVEL OF AKIDAH ISLAMIAH KNOWLEDGE: A STUDY ON DIPLOMA STUDENTS OF UITM SABAH
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i2.632Keywords:
akidah islamiah, pelajar diploma, institusi pengajian tinggi, pengukuhan rohaniAbstract
Kajian ini membincangkan tahap pengetahuan akidah Islamiah dalam kalangan pelajar diploma UiTM Sabah dengan menumpukan kepentingan asas kepercayaan dan amalan Islam dalam pembentukan sahsiah. Isu utama muncul apabila pelajar yang kurang penghayatan akidah Islamiah didapati terdedah kepada cabaran kepercayaan dan perubahan nilai sosial. Sehubungan itu, objektif kajian merangkumi penilaian tahap pengetahuan akidah Islamiah serta pengesanan perbezaan berdasarkan faktor demografi. Reka bentuk kajian berbentuk tinjauan kuantitatif menggunakan soal selidik berstruktur, di mana data dianalisis secara deskriptif dan inferensi bagi mengenal pasti pola penghayatan akidah Islamiah. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mencapai skor pengetahuan akidah Islamiah yang tinggi, manakala segelintir masih keliru terhadap beberapa aspek seperti sejarah kitab dan asal-usul makhluk. Tiada perbezaan signifikan didapati mengikut jantina, namun latar belakang pendidikan agama di peringkat sekolah menengah menyumbang kepada skor yang lebih tinggi. Dapatan ini menegaskan kepentingan penambahbaikan modul akidah Islamiah yang komprehensif untuk mengatasi kekurangan pemahaman dan memastikan pelajar dapat menghayati prinsip Islam dalam rutin harian. Dari sudut implikasi, penemuan ini menyokong usaha universiti dalam memperkukuh kurikulum Pendidikan Islam melalui pendekatan bersifat holistik yang merangkumi teori, praktikal, dan penerapan nilai rohani. Kesimpulannya, kekuatan akidah Islamiah di kalangan pelajar diploma bukan sahaja menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan akhlak, malah membantu membina daya tahan remaja menghadapi pelbagai cabaran semasa.
References
Adam, N.S., Junoh, N., Yusoff, Z., Syed Omar, S.H., Mohamad, A.M., Mat Zin, M.N. (2021): Managing stress from the perspectives of al-Ghazali and al-Dihlawi. – ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities 5(1): 101-115.
Bt Mas’od, S.U., Mohamad, A.M.B. (2021): Pendekatan Pendidikan Akidah Islamiah Kearah Pembentukkan Sahsiah Pelajar. – In International Seminar On Islamic Education & Peace 1: 498-506.
Green, S., Salkind, N. (2016): Using SPSS for Windows and Macintosh. – Pearson 352p.
Khairuddin, W.H. (2022): Kerangka Kajian Ajaran Sesat Menurut Ahli Sunah Waljamaah: Framework for the Study of Heresy According to Ahl al-Sunnah wa al-Jamā ‘ah. – Journal of Ifta and Islamic Heritage 1(1): 120-149.
Mas’od, S.U., Samat@Darawi, A.B.S. (2024): Tahap pengetahuan pendidikan akidah Islamiah: Satu kajian dalam kalangan pelajar sekolah menengah daerah Kluang. – International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC) 9(54): 512-522.
McBeath, A. (2020): Doing quantitative research with a survey. – Enjoying Research in Counselling and Psychotherapy: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Research 18p.
Mohajan, H.K. (2018): Qualitative research methodology in social sciences and related subjects. – Journal of Economic Development, Environment and People 7(1): 23-48.
Mohamad, N., Islam, F.P.P., Ibrahim, S.Z. (2024): Kefahaman dan penghayatan pelajar IPT terhadap pengajaran subjek akhlak. – In E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-9 (PASAK9 2024) 5p.
Mustapha, N.A., Sham, F.M., Mokhtar, A.I. (2019): Pendekatan dakwah targhīb dan tarhīb dalam membina adab remaja. – Jurnal Hadhari 11(2): 267-289.
Ramadhani, R. (2020): Pendidikan Akidah Akhlak Sebagai Solusi Pencegahan LGBT. – Al-Adabiya: Jurnal Kebudayaan Dan Keagamaan 15(01): 47-68.
Zainuddin, M.Z., Muhammad, S. (2023): Tahap pengetahuan akidah pelajar sekolah menengah di Seremban Negeri Sembilan. – Journal of Contempory Islamic Studies 9(1): 1-18.
Zainuddini, M.Z., Shamsuddinii, S.S.S. (2022): Pengaruh Pengetahuan Akidah Terhadap Amalan Solat Fardu: Tinjauan Terhadap Pelajar Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri Sembilan. – Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 13p.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 MASNIH MUSTAPA, JAHIDIH SAILI, MASNORA MALEK, SAFARUDIN RAHIM, FIQRIYAH MOHD KUNARTO

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.