IMPLEMENTASI PENGETAHUAN BUDAYA ARAB DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH
IMPLEMENTATION OF ARABIC CULTURAL KNOWLEDGE IN TEACHING ARABIC LANGUAGE IN SCHOOLS
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i2.718Keywords:
pengetahuan budaya, pengajaran bahasa, motivasi guru, bahasa ArabAbstract
Memahami budaya dalam pengajaran bahasa asing memainkan peranan penting dalam kalangan guru kerana bahasa tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi, akan tetapi sebagai medium untuk mengekspresikan dan mencerminkan kekayaan budaya penuturnya. Pengetahuan budaya yang dimiliki oleh guru akan memberikan kesan positif terhadap motivasi, minat dan keyakinan untuk berkomunikasi dengan lancar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan guru bahasa Arab tentang budaya Arab dan kepentingan pengetahuan budaya dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah. Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan (literatur review). Pengkaji mengumpulkan informasi dan maklumat yang relevan daripada buku-buku ilmiah, hasil-hasil kajian, laporan penelitian dan sebagainya sama ada daripada sumber-sumber bertulis ataupun sumber elektronik. Dapatan menunjukkan keperluan kepada guru bahasa Arab untuk memahami elemen-elemen budaya seperti tradisi, nilai-nilai, norma sosial, dan sejarah Arab dengan baik. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa pengetahuan budaya Arab memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan motivasi guru dalam pengajaran bahasa Arab dan menyepadukan pengajaran responsif budaya dalam pengajaran bahasa yang menggunakan ciri budaya, pengalaman dan perspektif pelajar untuk mengajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, dengan menganalisis pengetahuan dan kesedaran guru terhadap kepentingan budaya Arab dalam konteks pengajaran, kajian ini akan memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang bagaimana pengetahuan budaya Arab dapat mempengaruhi dan meningkatkan pengajaran bahasa Arab.
References
Abd Elgadir, I.B.E., Zabidin, M.A.R.B., Nadzir, Z.B.M. (2023): Fundaments and Standards for Preparing Arabic Language Teachers and Their Impact on Teaching Arabic to Non-Native Speakers. – International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences 13(6): 698-707.
Abdullah, H., Abd Razif Zaini, K.A.A., Latif, H.I., Azizan, K.F.K., Ngah, W.S.W., Mansor, N. (2018): Pendidikan abad ke-21 dalam pengajaran bahasa arab di sekolah menengah di Malaysia: Amalan dan cabaran. – In 5th International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018) 14p.
Ahmad, N.L., Looi, S.S., Ab Wahid, H., Yusof, R. (2019): Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 terhadap pembangunan pelajar. – International Journal of Education, Psychology and Counseling 4(28): 28-51.
Al‐Batal, M. (1988): Towards Cultural Proficiency in Arabic 1. – Foreign Language Annals 21(5): 443-453.
Bacha, M.B., Haley, M.H. (2014): Mediating Cultures between and among Arabic Teachers. – Theory & Practice in Language Studies (TPLS) 4(7): 1319-1326.
Eldin, A.A.T.S. (2015): Teaching Culture in the Classroom to Arabic Language Students. – International Education Studies 8(2): 113-120.
George, G.G., Nasri, N.M. (2021): Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan amalan guru kelas bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian literatur sistematik). – Jurnal Dunia Pendidikan 3(2): 484-494.
Habil, R. (2019): Teori-teori Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Kedua Dalam CLIL. – Seminar Antarabangsa Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 11p.
Hamzah, Z.A.Z. (2018): Bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa. – Jurnal Komunikasi 34(2): 338-353.
Jelita, T.C. (2020): Integrasi Nilai Budaya Dalam Pembelajaran Bahasa Inggris untuk Siswa Sekolah Dasar. – Prosiding Seminar Nasional 10p.
Kaviza, M. (2019): Analisis Keperluan Terhadap Pembangunan Modul Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Berasaskan Penggunaan Sumber-Sumber Sejarah. – e-BANGI Journal 16(6): 11p.
Liddicoat, A.J., Scarino, A., Papademetre, L., Kohler, M. (2003): Report on intercultural language learning. – Commonwealth Department of Education, Science and Training 153p.
Maromar, F., Ismail, M.R., Ghazali, A.R., Fauzi, M.S.H.M., Othman, K.A.A., Ab Rahman, M.A., Basit, N.F.A. (2018): Teknik meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan bukan penutur jati di IPTS Dan IPG. – In International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2018) 7: 18p.
Risager, K. (2006): Language and culture: Global flows and local complexity. – Multilingual Matters 232p.
Rusydi, M., Sulaiman, S. (2023): Pemikiran Rusydi Ahmad Thu’aimah Tentang Manajemen Pembelajaran Bahasa Arab: Sebuah Refleksi Konstruktif. – El-Idarah: Jurnal Manajemen Pendidikan Islam 9(1): 1-9.
Sahin, M. (2008): Cross-cultural experience in preservice teacher education. – Teaching and Teacher Education 24(7): 1777-1790.
Subali, E. (2015): Konsep Bilingualisme dan Pembelajaran Bahasa Indonesia Bagi Penutur Asing. – Jurnal Sosial Humaniora 8(1): 106-119.
Suparlan, S. (2019): Teori konstruktivisme dalam pembelajaran. – Islamika 1(2): 79-88.
Wastono, A.T. (2017): Aspek Interkultural dalam Pengajaran Bahasa Arab. Sebagai Bahasa Asing di Indonesia. – In Seminar Nasional Pengajaran Bahasa 14p.
Yang, Z. (2014): Importance of cultural background in English teaching. – In International Conference on Education, Language, Art and Intercultural Communication (ICELAIC-14), Atlantis Press 4p.
Ye, W., Wang, Z., Zhang, X., Ding, Y., Ye, W. (2021): Comparing motivations of pre-service and beginning teachers in China: impact of culture and experience. – Journal of Education for Teaching 47(4): 576-589.
Yusoff, Y.M., Jalaluddin, N.H., Kasdan, J., Mohamad, H. (2019): Representasi budaya dalam kit video Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing: analisis Teori Sosiokognitif. – Jurnal Antarabangsa Alam & Tamadun Melayu, Jilid 7(1): 77-91.
Zvereva, E., Chilingaryan, K. (2020): Teaching The Spanish Language in a Cultural Aspect. – In 7th International Conference on Education and Social Sciences 8p.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 YAZID ISA, IBRAHIM ABDULLAH, MOHD SHAHZUWAN AHMAD RAZAK

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.