CABARAN MUBALIGH KRISTIAN DALAM DAKWAH KRISTIANISASI DI BORNEO UTARA, 1881-1963
THE CHALLENGES OF CHRISTIAN MISSIONARIES IN THE EVANGELIZATION OF NORTH BORNEO, 1881-1963
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i5.814Keywords:
dakwah kristianisasi, mubaligh, cabaran, Borneo UtaraAbstract
Artikel ini mengkaji tentang cabaran mubaligh Kristian dalam dakwah Kristianisasi di Borneo Utara dari tahun 1881 hingga 1963. Kajian ini memperlihatkan bagaimana usaha Kristianisasi dipengaruhi oleh kuasa kolonial, penentangan tempatan, dan tindakan daripada masyarakat peribumi. Kajian lepas menonjolkan matlamat dan kejayaan mubaligh Kristian dalam mentamadunkan sesebuah masyarakat. Namun, penulisan ini memberi tumpuan kepada kompleksiti dan penentangan yang dialami oleh mubaligh Kristian. Dengan menggunakan kerangka pascakolonial dan metodologi sejarah sosial, kajian ini meneliti secara kritis pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mubaligh Kristian merangkumi cabaran bahasa, penentangan daripada sistem budaya tempatan, kekangan kewangan, krisis kesihatan, persaingan ideologi mubaligh Kristian dan kesan pendudukan Jepun. Seterusnya, artikel ini memperlihatkan bahawa komuniti tempatan tidak menerima agama Kristian tanpa soal selidik. Sebaliknya, mereka menunjukkan pelbagai reaksi, iaitu menolak dan ada yang beradaptasi agar selari dengan kerangka budaya mereka. Dengan menggunakan rekod bertulis dan cerita lisan, artikel ini memaparkan Kristianisasi tidak hanya berkisarkan agama, malah turut menyentuh soal kuasa, budaya dan perubahan. Dalam menyingkap cabaran-cabaran tersebut, artikel ini memberikan pemahaman yang mendalam bagaimana agama tersebar melalui pemerintahan kuasa kolonial, di mana kepercayaan, empayar dan identiti saling berkait rapat. Tuntasnya, kajian ini menyeru kepada penulian sejarah yang lebih seimbang iaitu dengan merangkumkan kuasa pihak penjajah dan pilihan yang diambil oleh golongan yang dijajah.
References
[1] Angom, R. (2020): Christianization and its Impact on Mizo Culture. – Journal of Humanities and Social Science Studies (JHSSS) 2(1): 55-60.
[2] Asong, J., Lasimbang, H.B., James, S., Seok, C.B. (2020): Effects of Alcohol towards Quality of Life in the Indigenous Groups of the West Coast Division, Sabah, Malaysia. – Borneo Journal of Medical Science (BJMS) 14(2): 19-30.
[3] Bariu, R.M. (2017): Transformation of Christianity in Kenya: A Historical Survey. – The International Journal of Humanities & Social Studies 5(11): 307-311.
[4] Burke, P. (2005): What is cultural history? – Polity Press 179p.
[5] Colonial Office (1952): Annual Report on North Borneo for the Year 1952. – London: His Majesty’s Stationery Office (HMSO) 187p.
[6] Colonial Office (1948): Annual report on North Borneo for the year 1948 (Colonial Annual Reports: North Borneo, No. 1315). – London: His Majesty’s Stationery Office 90p.
[7] Elliot, P. (1997): Asang: The story of Trevor White and the Dusuns of Sabah. – Cleveland, Queensland: Delia Wilson 114p.
[8] Forschner, T.A. (1993): History of the Protestant Church in Sabah, Malaysia. – Malaycivilization 53p.
[9] Geddes, W.R. (1961): Nine dayak nights. – New York: Oxford University Press 243: 144p.
[10] Jamali, M., Mustapha, Z., Ismail, R. (2009): Pola dan Faktor yang mempengaruhi peminuman minuman keras remaja Dusun Malaysia. – Malaysian Journal of Society and Space 5(2): 82-101.
[11] Kib, M.Z.B.M. (2004): Christianization in Sabah and the development of indigenous communities: A historical study. – Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 77(1(286): 53-65.
[12] Kib, M.Z.M. (2003): Kristian di Sabah, 1881-1994. – Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 244p.
[13] Kling, D.W. (2022): A Response to Reviewers of A History of Christian Conversion. – Pastoral Psychology 71: 801-805.
[14] Lees, S. (1993): Mabuk Sebelum Fajar. – Upstream Publishing 183p.
[15] Matthew, A.A., Victor, O.A. (2019): The Impacts of Christian Missionaries On Oyo Empire 1893-1960 6: 177-193.
[16] Mojijang, C., De Silva, M. (2020): Peranan Prostetant Church di Sabah (PCS) dalam Perkembangan Sosial Masyarakat Rungus 1952-1993 di Kudat, Sabah. – Jurnal Borneo Arkhailogia 5(1): 89-104.
[17] Muttalib, F.A., Hawamdeh, M.A., Al-Yousuf, H., Mansour, A.W. (2024): A Historical-critical Study of the First Latin Translation of the Holy Quran. – International Journal of Linguistics, Literature and Translation 7(1): 183-190.
[18] Phellan, R. (1983): The Form of Priesthood in the Kadazan (Dusun) System of Religion. – The Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland 1: 55-73.
[19] Poilis, W. (1981): A popular history of the Catholic church in Sabah. – Diocese of Kota Kinabalu 66p.
[20] Rooney, J. (1981): A History of the Catholic Church in East Malaysia and Brunei (1880-1976). – University of London 292p.
[21] Said, E.W. (1978): Orientalism. – New York: Pantheon Books 368p.
[22] The Basel Christian Church of Malaysia (TBCCM) (2025): BCCM Mission History. – TBCCM Web Portal 4p.
[23] Thompson, E.P. (1966): The making of the English working class. – Vintage Books 159p.
[24] Woodberry, R.D. (2007): Economics. – Dalam Encyclopedia of Missions and Missionaries: Routledge 9p.
[25] Ye, Z. (2024): Language Barriers in Intercultural Communication and Their Translation Strategies. – Modern Management & Engineering 6(1): 178-184.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 JOHNNATAN JOLIUS, MAUREEN DE SILVA

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.