KELESTARIAN PELANCONGAN EKOLOGI DI TAMAN AWAM TELUK LIKAS, SABAH, MALAYSIA: SATU KAJIAN KES

SUSTAINABILITY ECOTOURISM AT TAMAN AWAM TELUK LIKAS IN SABAH, MALAYSIA: A CASE STUDY

Authors

  • EMYLIA ANAK SULANG Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah, Malaysia.
  • ANURATHA RAJASEGARAM Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia.
  • ANG KEAN HUA Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i5.964

Keywords:

ekopelancongan, kelestarian, kepuasan pelancong, pemeliharaan alam semula jadi, pengurusan sisa

Abstract

Kajian ini mengkaji potensi Taman Awam Teluk Likas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah, sebagai destinasi pelancongan ekologi, dengan memberi tumpuan kepada faktor tarikan pelancong, tahap kepuasan terhadap kemudahan yang disediakan, dan impak ekopelancongan terhadap alam sekitar. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran (mixed-method), menggabungkan kaedah pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Alat pengumpulan data utama ialah soal selidik berstruktur yang diedarkan kepada 50 responden, termasuk pelancong tempatan dan antarabangsa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keindahan alam semula jadi taman ini, terutamanya pemandangan dan biodiversiti, merupakan faktor tarikan utama bagi pelancong. Trek pejalan kaki dan berbasikal, serta gerai makanan, juga dikenal pasti sebagai tarikan utama. Tahap kepuasan terhadap kemudahan yang disediakan adalah tinggi, terutamanya berkaitan dengan gerai makanan dan lokasi taman. Walau bagaimanapun, beberapa aspek seperti kemudahan pendidikan dan pengurusan sisa domestik memerlukan penambahbaikan. Kajian ini juga mendapati bahawa aktiviti ekopelancongan memberi impak positif terhadap pemeliharaan sumber alam semula jadi, tetapi terdapat kebimbangan mengenai kerosakan alam sekitar akibat peningkatan sampah, terutamanya dari pelancong domestik. Dapatan ini menekankan perlunya pengurusan sisa yang lebih baik dan peningkatan kesedaran pelancong mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Kajian ini menggariskan kepentingan infrastruktur yang mampan dan penglibatan komuniti untuk memastikan kejayaan dan pemeliharaan alam sekitar Taman Awam Teluk Likas sebagai destinasi pelancongan ekologi pada masa hadapan.

References

[1] Astuti, R., Saptaria, L. (2021): Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Pengunjung Desa Wisata Kebun Bibit Kediri Pada Masa Pandemi Covid 19 KEPUASAN PENGUNJUNG DESA WISATA KEBUN BIBIT KEDIRI PADA MASA PANDEMI COVID 19. – Aksara: Jurnal Ilmu Pendidikan Nonformal 7(3): 1067-1076.

[2] Bakri, N.F.B., Roslim M.A.A.B.M., Najeeb, H.A.B. (2017): Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk pelancongan di bandaraya Ipoh. – Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial 1(1): 8p.

[3] Creswell, J.W., Creswell, J.D. (2005): Mixed methods research: Developments, debates, and dilemmas. – Research in Organizations: Foundations and Methods of Inquiry 2: 315-326.

[4] Kozak, M. (2001): Comparative assessment of tourist satisfaction with destinations across two nationalities. – Tourism Management 22(4): 391-401.

[5] Lebar, O. (2006): Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. – Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 248p.

[6] Patricia, T.C., Suryawardani, I.G.A.O., Suamba, I.K., Wiranatha, A.S. (2020): Farmers’ capacity for Jatiluwih agrotourism management and its effects on tourists’ satisfaction and intention to revisit. – E-journal of Tourism 7(1): 1-15.

[7] Sun, Y., Watanabe, T. (2021): Tourism-related facility development in sagarmatha (Mount Everest) National Park and buffer zone, Nepal Himalaya. – Land 10(9): 20p.

[8] Syaripudin, N. (2017): Persepsiu penduduk tempatan terhadap impak pembangunan ekopelanciongan di Semporna, Sabah. – Universiti Malaysia Sarawak 22p.

[9] Upchurch, R.S., Teivane, U. (2000): Resident perceptions of tourism development in Riga, Latvia. – Tourism Management 21(5): 499-507.

[10] Weaver, D. (2007): Sustainable tourism. – Routledge 256p.

Downloads

Published

2025-10-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

KELESTARIAN PELANCONGAN EKOLOGI DI TAMAN AWAM TELUK LIKAS, SABAH, MALAYSIA: SATU KAJIAN KES: SUSTAINABILITY ECOTOURISM AT TAMAN AWAM TELUK LIKAS IN SABAH, MALAYSIA: A CASE STUDY. (2025). Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(5), 36-46. https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i5.964