ANALISIS GEOGRAFI SOSIAL TERHADAP JENAYAH HARTA BENDA, KUALA LUMPUR: FAKTOR SOSIOEKONOMI DAN PERSEKITARAN FIZIKAL
GEOGRAPHICAL SOCIAL ANALYSIS OF PROPERTY CRIMES, KUALA LUMPUR: SOCIOECONOMIC FACTORS AND PHYSICAL ENVIRONMENT
DOI:
https://doi.org/10.55197/qjssh.v6i1.983Keywords:
jenayah harta benda, persekitaran sosial, faktor sosioekonomi, pencahayaan awam, penglibatan komunitiAbstract
Kajian ini meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada jenayah harta benda di lima daerah terpilih di Kuala Lumpur: Dang Wangi, Brickfields, Sentul, Cheras, dan Wangsa Maju. Ia mengkaji hubungan antara faktor sosioekonomi dan persekitaran fizikal, seperti kepadatan penduduk, pencahayaan awam, dan interaksi sosial, dengan kadar jenayah harta benda. Menggunakan data kuantitatif daripada soal selidik dalam talian dan maklumat kualitatif daripada temu bual dengan Polis Diraja Malaysia serta wakil komuniti, hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan dengan pencahayaan yang lemah dan interaksi sosial yang rendah lebih terdedah kepada jenayah harta benda. Kajian ini juga menekankan bahawa ketidakseimbangan sosio-ekonomi, terutamanya di kawasan berpendapatan rendah, memberi impak signifikan terhadap kadar jenayah. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk peningkatan pengawasan sosial, penambahbaikan pencahayaan awam, dan penglibatan aktif komuniti dalam inisiatif keselamatan kejiranan. Dengan menangani faktor sosio-ekonomi yang mendasari dan memperkukuhkan penglibatan komuniti, kajian ini menyumbang kepada pembangunan strategi pencegahan jenayah yang lebih berkesan dan keselamatan awam di kawasan bandar.
References
[1] Abd Malek, N.F., Pauzi, H.M., Awang, N. (2021a): Faktor Risiko Jenayah Pecah Rumah dan Impak Kepada Kesejahteraan Hidup Masyarakat. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(9): 185-195.
[2] Abd Malek, N.F., Pauzi, H.M., Noh, N.A. (2021b): Pencegahan jenayah pecah rumah bagi menjamin keselamatan masyarakat: suatu pemerhatian awal. – Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(9): 310-320.
[3] Ahmad, A., Masron, T., Ringkai, E., Barawi, M.H., Salleh, M.S., Iubit, N., Redzuan, M.S. (2024): Analisis ruangan hot spot jenayah pecah rumah di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2015-2020. – Geografia 20(1): 49-67.
[4] Gupta, R., Rajitha, K., Basu, S., Mittal, S.K. (2012): Application of GIS in crime analysis: A gateway to safe city. – In India Geospatial Forum 6p.
[5] Jubit, N., Masron, T., Nordin, M.N., Chabo, D. (2019): Aplikasi GIS dalam mengenal pasti kawasan hot spot jenayah harta benda di Kuching, Sarawak. – Malaysian Journal of Society and Space 15(4): 30-49.
[6] Jubit, N., Redzuan, M.S., Ahmad, A., Salleh, M.S., Masron, T. (2022): Tren jenayah harta benda di Malaysia: Kajian di Selangor dan Kuala Lumpur. – Geografi 10(2): 35-53.
[7] Kanyo, N.I., Nor, N.H.M., Rainis, R., Rahman, A.T.A., Jubit, N. (2015): Jenayah dan agenda pembangunan di Malaysia: Satu tinjauan. – Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 11(1): 124-134.
[8] Mokhtar, E.S., Ghazali, N., Sadek, E.S.S.M., Sidek, N.Z.M., Shaharudin, M.R., Effendi, L., Ramli, A.R.A. (2023): Pemetaan Hotspot Kes Jenayah Kawasan Lembah Klang Menggunakan Kaedah Geographical Information System (GIS). – Journal of Public Security and Safety 15(1): 15p.
[9] Nyanggai, T., Eboy, O.V. (2023): Aplikasi GIS dalam menganalisis corak densiti jenayah kecurian kenderaan di daerah Kota Kinabalu Sabah dari tahun 2017 hingga 2021. – Journal of Islamic, Social, Economics and Development 8(56): 299-314.
[10] Shaw, C.R., McKay, H.D. (2010): Juvenile delinquency and urban areas: A study of rates of delinquency in relation to differential characteristics of local communities in American cities (1969). – In Classics in Environmental Criminology, Routledge 37p.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 MOHAMAD AFIQ DANIAL MARLIZAN @ MUSTAFA, ANG KEAN HUA

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.